Falklands Culture Journal
SEE OTHER BRANDS

News on culture and lifestyle in the Falkland Islands

Quantexa Dinobatkan sebagai Inovator Teknologi dalam Senarai InsurTech100 2025

Platform Kecerdasan Keputusan memperkasa syarikat insurans untuk meningkatkan premium, mengoptimumkan kos dan melindungi nisbah kerugian

LONDON, Sept. 30, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) --  Quantexa, peneraju global dalam bidang Kecerdasan Keputusan (Decision Intelligence, DI), hari ini mengumumkan bahawa ia telah diiktiraf sebagai Inovator Teknologi terkemuka dalam senarai InsurTech100 2025, senarai tahunan yang disusun oleh FinTech Global bagi syarikat teknologi paling berpengaruh yang mentransformasikan industri insurans di seluruh dunia.

Persaingan untuk mendapat tempat dalam InsurTech100 yang berprestij semakin sengit dalam beberapa tahun kebelakangan ini, seiring dengan pertumbuhan pesat sektor ini yang dipacu oleh penerimaan AI yang semakin meluas dan peningkatan permintaan pelanggan. Quantexa telah dipilih daripada lebih 2,100 syarikat berdasarkan kekuatan Platform Kecerdasan Keputusannya.

Platform Kecerdasan Keputusan (DI) Quantexa membolehkan organisasi dalam industri insurans (serta sektor perkhidmatan kewangan dan awam yang lain) memanfaatkan kuasa data yang dipercayai dan saling berkaitan untuk mendorong pembuatan keputusan yang lebih pantas, bijak, dan yakin. Bagi industri insurans, Quantexa menggunakan AI, pembelajaran mesin serta analitik kontekstual untuk menjana pertumbuhan yang menguntungkan, mengoptimumkan operasi dan melindungi syarikat insuans daripada kerugian di lebih 20 negara. Syarikat insurans menggunakan Quantexa untuk mempercepat dan mempertingkat ketepatan pembuatan keputusan merentasi proses pengunderaitan dan tuntutan, daripada pengesanan kebocoran dan penipuan sehinggalah kepada peningkatan pengalaman pelanggan, strategi pengedaran, tindakan susulan terbaik, serta pengoptimuman rantaian bekalan.

Platform ini mengubah data yang terasing dan terpecah-pecah menjadi pandangan menyeluruh 360 darjah merangkumi pelanggan, penuntut, risiko, aset, dan pihak ketiga. Ia menyokong pelbagai segmen perniagaan daripada P&C (termasuk kenderaan, hartanah, liabiliti, perjalanan, marin dan kargo) serta Insurans Khas, hinggalah kepada insurans hayat dan kesihatan berkumpulan. Platform yang boleh dikonfigurasi ini telah meningkatkan kadar penukaran jualan sebanyak 50%, mempercepat penilaian risiko lebih 10 kali ganda dan memperkukuh keberkesanan inisiatif antipenipuan melebihi 90%, sekali gus membolehkan keputusan dibuat dengan lebih pantas dan dipercayai untuk mempertingkatkan pengalaman pelanggan.

Dengan menerapkan Penyelesaian Entiti dinamik dan Graf Pengetahuan yang dinamik untuk memodelkan risiko serta mengesan anomali secara masa nyata, Quantexa membantu syarikat insurans menyesuaikan diri dengan perubahan peraturan, risiko yang terus berkembang dan jangkaan pelanggan yang semakin meningkat. Pada masa sama menyokong pertumbuhan, pengoptimuman operasi serta perlindungan perniagaan mereka.

“Tersenarai dalam InsurTech100 2025 menjadi bukti bahawa pertumbuhan pesat dan inovasi berterusan kami dalam bidang Kecerdasan Keputusan sedang membentuk semula cara industri insurans beroperasi,” kata Alex Johnson, Ketua Global Industri Insurans di Quantexa. “Pengiktirafan ini mencerminkan keyakinan yang diberikan oleh syarikat insurans terhadap Quantexa sebagai rakan strategik — bekerjasama rapat untuk menghadapi perubahan peraturan, mendahului risiko yang muncul, serta membina perniagaan yang lebih berdaya tahan dan berfokuskan pelanggan demi mencapai pertumbuhan yang menguntungkan.”

Untuk Media: Untuk melihat senarai penuh InsurTech100, sila layari www.TheInsurTech100.com.

Mengenai Quantexa

Quantexa merupakan sebuah syarikat perisian global dalam bidang data, analitik dan AI yang menerajui pembangunan Kecerdasan Keputusan untuk membantu organisasi membuat keputusan yang yakin berasaskan data kontekstual. Dengan memanfaatkan kemajuan terkini dalam teknologi AI, Platform Kecerdasan Keputusan kami mengubah data yang terasing menjadi maklumat kontekstual yang saling berkait — sekali gus memperkasa peralihan daripada organisasi berasaskan data kepada organisasi berpusatkan keputusan. Pelanggan kami menggunakan teknologi Quantexa untuk melindungi, mengoptimumkan dan mengembangkan perniagaan mereka dengan menyelesaikan cabaran kompleks di seluruh organisasi melalui pengurusan data moden, kecerdasan pelanggan, KYC, jenayah kewangan, risiko, penipuan dan keselamatan.

Platform Kecerdasan Keputusan Quantexa meningkatkan prestasi operasi dengan ketepatan melebihi 90% dan keupayaan menyelesaikan model analitik 60 kali lebih pantas berbanding pendekatan tradisional. Kajian Forrester TEI yang dijalankan secara bebas mendapati pelanggan berjaya memperoleh pulangan pelaburan (ROI) sebanyak 228% dalam tempoh tiga tahun. Ditubuhkan pada tahun 2016, Quantexa kini mempunyai lebih 850 kakitangan dan puluhan ribu pengguna di seluruh dunia, dengan operasi yang memanfaatkan berbilion titik data secara global. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.quantexa.com atau ikuti kami di LinkedIn.

Pertanyaan Media
H: Michael Lane, Naib Presiden Perhubungan Luar
T: +1 917 450 7387
E: michaellane@quantexa.com


Primary Logo

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Share us

on your social networks:
AGPs

Get the latest news on this topic.

SIGN UP FOR FREE TODAY

No Thanks

By signing to this email alert, you
agree to our Terms & Conditions